Dua Kaunter Dijangka Tarik Aktiviti Belian

213

Bursa Malaysia kekal pada aliran penurunan pagi ini dalam persekitaran aktiviti belian saham pada harga rendah yang kurang menggalakkan.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.77 mata kepada 1,541.94 daripada 1,544.71 semasa ditutup pada Isnin.

Bernama melaporkan, indeks pasaran dibuka rendah 2.32 mata kepada 1,542.39.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 183 berbanding 180, manakala 309 kaunter tidak berubah, 1,549 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 465.73 juta unit bernilai RM159.77 juta.

Dalam notanya hari ini, Malacca Securities percaya aktiviti belian saham pada harga rendah akan berlaku selepas jualan saham yang meluas semalam susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion untuk membantu isi rumah dan perniagaan yang terjejas oleh pandemik.

“Aktiviti belian akan berlaku di kaunter pengguna dan utiliti, manakala peningkatan di Nasdaq akan memberi prospek yang baik kepada sektor teknologi.

“Dari segi komoditi, harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak mencatatkan penurunan,” katanya.

Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup bercampur-campur berikutan Dow merosot 0.4%, manakala S&P 500 naik 0.2% dan Nasdaq meningkat 1.0%, didorong oleh kenaikan dalam saham teknologi.

Dalam negara, saham wajaran tinggi Axiata dan IOI, masing-masing naik empat sen kepada RM3.84 dan RM3.79.

Hartalega menambah lapan sen kepada RM7.38, manakala TNB dan Dialog, masing-masing meningkat tiga sen kepada RM9.88 dan RM2.91.

Sebaliknya, Petchem merosot 17 sen kepada RM7.95 manakala CIMB susut lima sen kepada RM4.56.

Daripada saham aktif, Nestcon yang baru disenaraikan naik 8.5 sen kepada 36.5, Serba Dinamik meningkat semula sebanyak tiga sen kepada 35.5, MMAG menambah satu sen kepada 14.5 dan Tanco tidak berubah pada 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 9.77 mata kepada 11,207.57, Indeks FBMT 100 merosot 12.64 mata kepada 10,925.33 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 3.36 mata kepada 12,250.84.

FBM ACE naik 57.54 mata kepada 7,053.08 dan FBM 70 menambah 10.80 mata kepada 14,484.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 45.52 mata kepada 15,111.45, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.32 mata kepada 185.63 manakala Indeks Perladangan naik 10.68 mata kepada 6,441.71.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat