Dua Laporan Penting Tumpuan Pada Hari Jumaat

53

Inflasi Zon Eropah (2.00 pm)

Hari ini kedua-dua negara Jerman dan Itali akan mengeluarkan data inflasi harga pengguna bagi bulan September dengan jangkaan ECB akan mula mengumumkan pelan untuk mengurangkan pelonggaran dasar mereka.

Ahli ekonomi menjangkakan inflasi di Jerman kekal di paras 0.1% sama seperti bulan yang lalu, manakala di Itali pula inflasi dilihat akan bergerak perlahan kepada 0.3% pada bulan September.

EUR/USD tutup di paras 1.1835, susut 0.20%

Data Inflasi Dan Pekerjaan US (8.30 malam)

Pemain pasaran akan meneliti data inflasi seperti indeks harga pengguna (CPI) yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat bagi mencari petunjuk adakah kebimbangan terhadap kadar inflasi yang perlahan selama ini benar atau hanya bersifat sementara.

Penganalisis menjangkakan teras inflasi pengguna melalu CPI naik 0.2% pada bulan September dalam unjuran bulan ke bulan, dan 1.8% dalam bandingan tahun ke tahun.

Menjelang data inflasi ini, Fed cawangan St. Louis, Presiden Bullard semalam memberi amaran kepada bank pusat untuk berhenti menaikkan kadar faedah sehingga pertumbuhan inflasi kembali pulih ke arah sasaran.

 

Laporan data jualan runcit US akan mengikuti selepas ;aporan inflasi ini dikeluarkan dengan jangkaan akan menunjukkan perkembangan pada bulan September kepada 1.7% berbanding bulan sebelumnya.

US dolar sedikit mengukuh menjlang laporan-laporan malam ini.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat