2 Sebab Kenapa Akaun Demo Boleh Membunuh Anda!

4,890

Secara umumnya, ramai dari kita dalam industri forex memulakan trading dengan menggunakan akaun demo. Ini adalah satu langkah yang bagus untuk anda membiasakan diri dengan penggunaan platform dagangan sama ada meta trader 4 (MT4) atau platform yang lain. Newbie disarankan untuk explore segala tool yang boleh digunakan di dalam MT4 untuk memudahkan proses trading di masa hadapan.

Tetapi ramai di antara kita yang menggunakan akaun demo dengan cara yang salah yang menyebabkan tujuan sebenar akaun demo itu tidak dapat digunakan dengan efektif. Sebelum kami merungkai cara penggunaan MT4 dengan betul dan efektif, di sini disertakan dua sebab kenapa akaun demo boleh membunuh anda!

  • Tiada Emosi

Sebagai newbie dalam industri ini, anda memang perlu menggunakan akaun demo untuk melatih diri cara penggunaan, dan pergi ke tahap seterusnya menguji teknik anda sama ada boleh menjana keuntungan ataupun tidak.

Masalahnya adalah, ia tidak melibatkan emosi anda dalam proses trading dan lebih buruk lagi disebabkan ketiadaan emosi, trader mengambil mudah akaun demo ini dengan entry yang sambil lewa. Sambil lewa di sini bermaksud, tidak membuat analisis yang sepatutnya sebelum masuk position.

Hal ini diburukkan lagi apabila akaun demo anda mendapat untung yang begitu banyak tanpa proses analisis yang betul. Anda pula, mula mendapat keyakinan selepas berlatih demo selama sebulan, dan terus deposit wang ke dalam akaun real. Disebabkan ketiadaan emosi dan penggunaan risiko yang salah sebelum ini, anda terus rugi dan rugi dalam akaun real sehingga mengalami kerugian besar.

  • Anda Tidak Memahami Diri Anda

Disebabkan ketiadaan emosi tadi, anda sebenarnya tidak memahami diri sendiri. Perlu diingat tidak semua trader dalam industri ini adalah sama dari segi trading. Penulis pernah merasa begitu yakin suatu ketika dahulu tanpa memahami diri sendiri, dan disebabkan hal ini tujuan asal dalam trading tidak dapat dicapai.

Anda perlu tahu, trader terdiri daripada scalper, intraday dan swing. Tidak semestinya kita boleh jadi dalam ketiga-tiga kategori itu. Ada orang yang sesuai dengan scalping dan tak semestinya dia sesuai dengan intraday atau swing.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat