Dua Syarikat Gergasi Tembakau Cadang Gabung Semula

281

Syarikat gergasi dalam industri tembakau, Philip Morris International and Altria Group Inc. yang dahulu pernah bersama di bawah satu bumbung, kini bersedia untuk bergabung semula. Berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua belah pihak, mereka masih dalam proses perbincangan mengenai penggabungan itu.

Kedua-dua syarikat ini menjual produk jenama Marlboro, dimana Philip Morris memasarkan di seluruh dunia manakala Altria hanya di sekitar AS. Jika penggabungan ini berhasil, nilainya mungkin mencecah lebih $200 bilion. Philip Morris berada pada nilai $115 bilion ketika ini manakala Altria pula sekitar $85 bilion.

Saham bagi Philip Morris dan Altria masing-masing jatuh selepas sebuah laporan menyatakan berkemungkinan besar tiada premium penggabungan dalam perjanjian itu. Penggabungan ini dilihat agak berbeza berbanding sebelum ini kerana Altria bukan lagi pemilik Kraft yang telah memilih untuk bergabung dengan Heinz.

Apa yang penting buat kedua-dua syarikat ini ialah bagaimana ingin meningkatkan semula jualan setelah bilangan perokok semakin menurun di seluruh dunia. Ini setelah tahap kesedaran perokok mengenai bahaya rokok yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser serta sakit jantung meningkat.

Philip Morris telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk tidak lagi menjual rokok tradisional pada masa akan datang. Syarikat itu merancang untuk bergantung kepada teknologi tanpa asap, seperti rokok elektronik IQOS, yang hanya memanaskan tembakau tetapi masih mengandungi nikotin.

Altria juga cuba mengikuti langkah Philip Morris dengan membuat mempunyai perjanjian dengan syarikat itu untuk menjual peranti IQOS di AS. Altria juga membeli hampir 35% kepentingan dalam syarikat “vape” iaitu Juul tahun lalu dengan nilai hampir $13 bilion. Altria juga memperoleh 45% kepentingan dalam syarikat ganja dari Kanada, Cronos.

Kombinasi antara kedua-dua syarikat itu dilihat lebih realistik, memandangkan adanya kepentingan Altria di dalam Juul dan IQOS bakal hadir ke pasaran tidak lama lagi. Penyatuan semula antara Philip Morris dan Altria ini mirip seperti Viacom dan CBS yang juga memiliki sejarah yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat