Dunia Memberi Tumpuan Pada Penggunaan Kereta Elektrik, China Bakal Mengharamkan Penjualan Kereta Petrol dan Diesel

220

Terkini, China telah memulakan penyelidikan bagi mengharamkan pengeluaran dan penjualan kereta yang menggunakan minyak.

Timbalan Menteri industri dan teknologi maklumat, Xin Guobin belum memberi rincian bilakah China akan melaksanakan undang-undang tersebut. UK dan France telah mengeluarkan kenyataan bahawa negara tersebut akan mengharamkan jualan kereta petrol dan diesel.

Bagi mengatasi masalah pencemaran udara dan bersaing diperingkat global dalam penghasilan kereta, China telah meletakkan objektif pada tahun 2025, setidak-tidaknyak 1/5 penghasilan kereta terdiri daripada kereta elektrik.

Menurut Xin Guobin, mahu atau tidak, pengeluar kereta tempatan harus beradaptasi dengan cabaran dan arus globalisasi yang menuju kearah penggunaan kereta elektrik.

Pengharaman penjualan kereta petrol dan diesel akan memberi impak terhadap pemintaan minyak di China. Pada ketika ini China merupakan pengguna minyak kedua terbesar. Hal ini bukan sahaja memberi kesan pada domestik, ia juga akan mempengaruhi pasaran minyak global.

Berdasarkan rancangan, China berhasrat, pada tahun hadapan 8% jualan pengeluaran kereta adalah yang menggunakan elektrik atau model hybird, dan naik kepada 10% pada tahun 2019 dan 12% pada tahun 2020.

Pada bulan Julai, UK dan France mengeluarkan kenyataan bahawa negara tersebut akan mengharamkan jualan kereta petrol dan diesel pada tahun 2040 bagi mengurangkan pencemaran alam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat