Dunia Sedang Melangkah Ke Arah Kemelesetan

652

Dunia berdepan risiko kemelesetan pada 2023 apabila kadar faedah yang lebih tinggi menyebabkan beberapa ekonomi menguncup, menurut Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perrniagaan (CEBR).

Memetik kepada Jadual Liga Ekonomi Dunia tahunan perundingan British, ekonomi global melepasi paras $100 trilion buat pertama kali pada 2022 tetapi ia dijangka akan terbantut pada tahun depan apabila pembuat dasar meneruskan perjuangan memerangi inflasi.

Ini dikuatkan dengan kenyataan daripada pengarah CEBR, Kay Daniel Neufeld bahawa ekonomi dunia akan mengalami kemerosotan tahun depan akibat kenaikan kadar faedah.

Laporan itu menambah bahawa pertempuran menentang inflasi masih belum dimenangi dan ia menjangkakan bank pusat akan mengekalkan pendirian hawkish mereka pada tahun 2023 walaupun ekonomi bakal terjejas.

Kos yang perlu ditanggung untuk menurunkan inflasi ke paras yang sesuai adalah prospek pertumbuhan yang lebih buruk dalam beberapa tahun akan datang.

Berbanding dengan ramalan terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), penemuannya adalah pesimis.

IMF mengeluarkan amaran pada Oktober bahawa lebih satu pertiga daripada ekonomi dunia akan menguncup dan terdapat 25% kemungkinan pada 2023 (KDNK global mengembang kurang 2%), akan berlaku kemelesetan.

Walaupun begitu, menjelang 2037, keluaran dalam negara kasar dunia akan meningkat dua kali ganda apabila ekonomi membangun mengejar negara yang lebih kaya.

CEBR mengunjurkan rantau Asia Timur dan Pasifik akan menyumbang lebih satu pertiga daripada keluaran global, manakala sumbangan Eropah akan jatuh kepada kurang daripada satu perlima disebabkan oleh dinamik kuasa yang berubah-ubah.

Institusi itu mengambil data asasnya daripada Tinjauan Ekonomi Dunia IMF dan menggunakan model dalaman untuk meramalkan pertumbuhan, inflasi dan kadar pertukaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat