Dunia Tak Mampu Menanggung Satu Lagi Krisis Kewangan – Fischer

99

Naib Pengerusi Federal Reserve Stanley Fischer pada Selasa memberi amaran bahawa dalam usaha US dan negara lain mengukuhkan pasaran perumahan masing-masing, banyak lagi perkara lain harus dilakukan untuk mengelak krisis di masa hadapan.

Fischer tidak menyampaikan pandangannya tentang polisi monetari US atau ekonomi dalam ucapan yang disediakan oleh pihak penganjur di Amsterdam.

Beliau menjelaskan bahawa sejak krisis kewangan 2007-2009, “Teras sistem kewangan kita lebih kukuh, lebih banyak kemajuan dibuat dalam proses ini untuk mengurangkan risiko pasaran perumahan yang tidak perlu.”

Tetapi untuk mengelak daripada krisis baru, beliau berkata banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan, termasuk ujian tekanan kepada bank tentang kejatuhan harga rumah secara dramatik dan bagi mengelak risiko yang buruk kepada peminjam dan pemiutang.

“Banyak lagi yang perlu dilakukan, dan lebih banyak kemajuan perlu dibuat kerana dunia ini tidak dapat menanggung krisis kewangan baru yang pernah berlaku pada 2008,” katanya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat