Durian Runtuh! Saham DSR Taiko Lonjak 200% Pada Debut Di Bursa

333

‘Siapa kata tauke durian tak boleh maju. Ni siap masuk bursa kot.’

Penampilan pertama (debut) syarikat pemborong durian tempatan, DSR Taiko Bhd pada Pasaran LEAP di Bursa Malaysia menyaksikan sahamnya melonjak 200%.

Ketika sesi pembukaan, sebanyak 130,000 saham didagangkan pada harga 92 sen dengan premium 62 sen (200%) berbanding harga rujukan 30 sen.

Ia merupakan penyenaraian ke-18 di Bursa Malaysia dan ke-4 di Pasaran LEAP setakat tahun ini.

Ulas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat, Ng Lian Poh, berdasarkan prestasi tersebut mereka memperolehi hasil kasar sebanyak RM25.75 juta dan merupakan dana tertinggi yang diperolehi setakat ini melalui penyenaraian LEAP.

Tambah beliau lagi, dana tersebut akan digunakan untuk tujuan pengambilalihan tanah ladang durian di Bentong dan penyenaraian tersebut membolehkan mereka menerokai pasaran luar negara.

Sebagai pengetahuan, DSR Taiko memiliki 33 bidang ladang durian di Raub dan Bentong yang berkeluasan agregat 40.08 hektar.

Selain itu, melalui perkongsian usaha sama dengan Daily Fresh International syarikat telah membangunkan dan mengkomersialkan pelbagai produk berasaskan durian.

Beralih kepada isu kenaikan harga yang menyelubungi pasaran, Ng menjelaskan bahawa permintaan tinggi dan bekalan yang rendah telah mendorong lonjakan selain jenis dan lokasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat