Duta AS Ke China Letak Jawatan!

428

Menurut Setiausaha Negara Mike Pompeo, duta Amerika Syarikat ke China, Terry Branstad telah pun meletakkan jawatannya ketika ketengangan antara kedua-dua buah negara kuasa besar dunia itu meningkat.

Melalui laman twitternya, Pompeo mengucapkan terima kasih kepada duta berkenaan dan mendedahkan bahawa beliau telah memberikan banyak sumbangan untuk memperbaiki semula hubungan antara AS dan China secara telus dan adil.

Walau bagaimanapun, sebab-sebab perletakan jawatan tersebut tidak didedahkan. Manakala Kementerian Luar Negeri China mendedahkan bahawa masih belum menerima pemberitahuan mengenai perletakan jawatan duta berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, Branstad berusia 73 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Gabenor Iowa selama lebih 20 tahun. Seterusnya, beliau mula berkhidmat sebagai duta AS ke China sejak Mei 2017 dalam tempoh kemelut AS dengan China tercetus akibat daripada perdagangan, pertikaian wilayah, penularan wabak Covid-19, dan rusuhan di Hong Kong.

Pada bulan Jun yang lalu, beliau telah dipanggil oleh Beijing setelah Presiden Donald Trump menandatangani undang-undang yang membuka jalan untuk sekatan ke atas Hong Kong, sebuah tindakan yang dikecam oleh kementerian luar negeri sebagai campur tangan besar-besaran dalam urusan dalaman China.

Manakala pada tahun lalu, beliau meminta Beijing untuk menjalankan “dialog substantif” dengan Dalai Lama dalam kunjungan ke Tibet, wilayah di mana pemerintah pusat dituduh melakukan penindasan secara meluas.

Selain itu, duta berkenaan juga merupakan salah seorang penyokong awal pilihanraya presiden Trump pada tahun 2016 lalu beliau telah dilantik sebagai duta selepas pilihanraya itu.

Pada ketika itu, beliau dipuji kerana pengertiannya yang luar biasa tentang rakyat China dan negaranya.

Bukan itu sahaja! Beliau juga dilaporkan menjalinkan hubungan dalam tempoh masa yang lama dengan Presiden China Xi Jinping, yang pertama kali ditemui pada tahun 1980-an.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat