Duta China Ini Beri Amaran Kepada Syarikat China di Britain Agar Lebih Berhati-Hati!

56

Duta China ke London hari ini memberi amaran kepada syarikat-syarikat China yang beroperasi di London terutamanya dalam bidang kewangan yang mempunyai ibu pejabat di sana. Beliau turut menegaskan bahawa syarikat-syarikat tersebut perlu mengambil langkah berhati-hati kerana kesan Brexit pada masa akan datang sukar untuk dijangka.

Mengulas pendirian Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah Jun lalu, China berpendapat bahawa isu itu hanyalah isu dalaman. Apa yang lebih penting, wilayah Eropah kekal menjadi kuat dan stabil.

Perdana Menteri Britain, Theresa May pada pertengahan Januari lalu ada menyatakan visi beliau untuk menggariskan rancangan yang lebih teliti bagi meninggalkan blok.

Dalam satu temu bual dengan akhbar China Daily yang diterbitkan pada Selasa, Duta China iaitu Liu Xiaoming berulang kali menyatakan bahawa China menghormati pilihan Britain sambil mengharapkan kesudahan yang baik terhadap hubungan EU dan Britain.

Katanya lagi, beliau percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Britain sebelum ini telah bekerja keras bagi menarik pelaburan dari China termasuk dalam sektor kewangan dengan memberikan ruang untuk syarikat-syarikat China berpangkalan di London.

Menurut beliau, syarikat-syarikat China khususnya dalam sektor kewangan perlu mengambil langkah berjaga-jaga tanpa mengulas dengan lebih lanjut.

Selera Pelabur Terhadap Logam Kuning Semakin Meningkat Gara-Gara Faktor Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat