ECB Akhirnya Hadirkan ‘Hint’ Terkini Mengenai Inflasi!

367

Naib Presiden ECB Luis de Guindos pada hari Rabu telah tampil memberikan petanda terkini mengenai inflasi kepada pasaran dengan mengatakan inflasi bahawa zon eropah akan mengambil masa yang lebih lama untuk kembali ke paras sasaran daripada apa yang dijangka sebelum ini. Dalam masa yang sama, setakat ini tiada bukti bahawa data gaji pekerja akan mempegaruhi inflasi.

Inflasi yang tinggi ini akan memberikan cabaran kepada ECB yang kurang pengalaman berurusan dengan pertumbuhan harga yang pesat dan ini jelas akan merumitkan pembuatan keputusan dalam kalangan penggubal polisi yang pada 16 Disember nanti.

Walaubagaimanapun, ECB masih mengekalkan pandangan mereka bahawa inflasi adalah sementara dan akan kembali di bawah sasaran dengan sendirinya. Namun begitu, lebih ramai dalam kalangan penggubal dasar menyuarakan kembimbangan mereka yang berkemungkinan membawa kepada ECB untuk mengekang pakej rangsangan.

De Guindos mengakui bahawa risiko inflasi adalah “sederhana” cenderung menaik dan kejatuhan akan lebih perlahan daripada yang pernah diramalkan. “Kami yakin sepenuhnya bahawa inflasi akan mula menurun pada awal tahun depan dan pada separuh kedua tahun depan inflasi akan mula merosot lebih banyak sehinggalah kembali kepada paras sasaran sebanyak 2%,” kata de Guindos pada persidangan.

Inflasi telah mencecah 4.9% pada bulan lepas iaitu suatu rekod tertinggi. Justeru kebanyakan peramal swasta tidak melihatnya kembali di bawah sasaran 2% ECB sehingga akhir tahun 2022.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat