ECB Bernada ‘Dovish’, EUR/USD Terjun Ke Paras Terendah 4 Minggu

448

US dolar kekal dilihat untuk bergerak lemah sehingga dagangan minggu ini berakhir berikutan pelabur masih berpandangan pasaran berada dalam keadaan yang berisiko menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lagi.

Namun, US dolar dilihat sedikit susut pada dagangan Khamis semalam pada sesi New York selepas data ekonomi AS diterbitkan positif dengan peningkatan pada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga serta kadar tuntutan pengangguran yang menurun.

Walaupun begitu, peningkatan nilai US dolar dilihat hanya sementara ekoran kes jangkitan Covid-19 kekal tinggi di AS. Kes jangkitan harian mencecah 91,000 kes semalam, menunjukkan penularan virus semakin serius.

Begitu juga di Eropah dengan beberapa negara ekonomi utama terjejas teruk. Kes jangkitan harian semalam di Perancis merekodkan 47,637 kes, Itali 26,831 dan Jerman sebanyak 18,732 kes serta bakal berdepan risiko penutupan ekonomi.

Ini menjadi antara faktor yang menekan mata wang Euro untuk terus susut sehingga ke paras terendah 4 minggu bebranding US dolar.

Selain itu juga, mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) semalam telah memberi isyarat untuk pelonggaran lebih lanjut bagi menyokong pemulihan ekonomi selepas kadar faedah dikekalkan tidak berubah.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan corak penurunan sepanjang minggu ini dengan penurunan pada Khamis semalam telah mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Penyusutan ketara Euro semalam selepas keputusan mesyuarat ECB telah melihatkan harga membuat penurunan melepasi paras support 1.16900 dan mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.16500.

Kenaikan harga yang lemah pada penghujung sesi New York bersambung ke sesi Asia hari ini dilihat akan menguji paras support 1.16900 sebelum ini pada zon SBR (support become resistance).

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan menuju zon support lebih rendah pada 1.16100 yang diuji pada penghujung September lalu.

Namun jika kenaikan harga terus berlaku melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, kenaikan lebih tinggi dijangka akan menuju semula ke zon SBR 1.18000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat