ECB Dah Mula Buat Persediaan, Ini ‘Hint’ Dari ECB!

561

Bank Pusat Eropah dalam laporan terkini mengambil keputusan untuk mengekalkan dasar dengan kadar faedah tidak berubah pada hari Khamis seperti yang dijangkakan. Langkah ini diambil sebelum keputusan penting pada bulan Disember mengenai penamatan rangsangan kecemasan pandemik.

ECB memberi penekanan bahawa mereka akan meneruskan pembelian bon namun kadar yang lebih rendah pada suku ini berbanding enam bulan sebelumnya, bertujuan untuk mengurangkan kos pinjaman sementara ekonomi pulih daripada penularan pandemik.

Dalam masa yang sama ECB mengekalkan panduannya untuk mengekalkan kadar faedah yang rendah untuk tahun-tahun akan datang. Walubagaimanapun, ketetapan ini mendapat tantangan dalam kalangan para pelabur kerana meragui naratif ECB terhadap inflasi.

Panduan yang menjadi ikutan ECB menetapkan kadar yang stabil atau lebih rendah sehingga inflasi meningkat semula kepada sasaran 2%. Namun berdasarkan perkembangan ekonomi, perkara ini dilihat sukar dicapai kerana inflasi terus menujukkan peningkatan.

Pertumbuhan harga pengguna dijangka mencecah 4% pada tahun ini sebelum melakukan penurunan yang stabil pada tahun hadapan. Presiden ECB Christine Lagarde dijangka mengesahkan semula naratif ECB bahawa inflasi dalam jangka sederhana akan kekal di bawah sasaran, supaya syarat untuk kenaikan kadar tahun depan tidak akan dipenuhi.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada ucapan Lagarde.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat