ECB digesa Agar Segera Menaikkan Kadar!

43

Beberapa ahli ekonomi Jerman pada Khamis menggesa Bank Pusat Eropah untuk menaikkan kadar faedah selepas data harga pengguna Zon Euro dicatat meningkat pada bulan Disember.

Sebelum ini, bank pusat berkenaan telah membeli berbillion-billion Euro bon kerajaan setiap bulan bagi menyuntik lebih banyak wang ke adalam sistem perbankan, sekali gus merangsang kenaikan harga.

Data CPI dari Zon Euro menunjukkan peningkatan sebanyak 1.1 peratus pada bulan lalu, sekali gus menghilangkan kegusaran Jerman bahawa data tersebut boleh menjunam kepada paras terburuk pada tahun 1920-an.

Menurut Ketua Ekonomi di DZ Bank iaitu Stefan Bielmeier, sudah tiba masanya untuk Bank Pusat Eropah melaksanakan perubahan kadar.

Ketua Institut DWI iaitu Marcel Fratzscher juga memberitahu akhbar bahawa jika ECB menaikkan kadar, Zon Euro akan lebih cepat mendapat manfaat dari langkah tersebut.

Selain itu, Ketua Institut Ifo, Clemens Fuest berkata bahawa lonjakan dalam data inflasi ini memberi isyarat bahawa ECB harus segera menamatkan dasar monetary dan program pembelian bon besar-besaran sebelum ini.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat