ECB Dijangka Bincang Tentang Pengurangan Pelonggaran Minggu Depan

36

Pembuat polisi ECB (European Central Bank) dilaporkan akan membuat pandangan yang berbeza kepada ekonomi semasa mesyuarat 8 Jun dan mungkin akan lebih fokus untuk mengurangkan rangsangan polisi jika perlu. Hal ini dilaporkan oleh empat sumber yang tahu perkara ini kepada Reuters.

Ekonomi ketika ini sedang memulih dengan lebih pantas di mana ECB sedang bersedia untuk mengurangkan panduan ke hadapan (forward guidance) yang ‘dovish‘ di mana bank pusat telah pun menyatakan risiko kini telah stabil (risk largely balanced). Petunjuk ekonomi dalam komponen pertumbuhan juga telah melebihi jangkaan sepanjang tahun ini.

Tetapi mereka berbeza pendapat tentang berapa cepat ECB harus mengubah pendirian polisi mereka, termasuk panduan, di mana negara-negara yang menggunakan euro bimbang jika perubahan dalam komunikasi akan menyebabkan kejutan kepada pasaran.

“Selepas pilihanraya Perancis, risiko politik dilihat semakin berkurangan dan petunjuk ekonomi keseluruhannya adalah positif, oleh itu, ini adalah masanya untuk menjelaskan perkara ini,” kata ahli ECB yang tidak mahu namanya dinyatakan.

Kita telah melawan deflasi menggunakan rangsangan monetari bertahun-tahun, kini perdebatan di ECB berubah kepada normalisasi.

“Suasana yang positif secara relatifnya adalah lebih pendek berbanding tempoh krisis yang lama sebelum ini sejak krisis kewangan 2008.”

Perdebatan utama dalam mesyuarat ECB berkemungkinan adalah sama ada bank pusat menghapuskan semua atau sebahagian kecenderungan pelonggaran (easing bias), kenyataan yang mengatakan kadar akan dikekalkan di paras semasa atau lebih rendah dan juga meningkatkan jumlah pembelian aset jika jangkaan ekonomi semakin buruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat