ECB Harus Berhati-Hati Keluar Daripada Polisi Luar-Biasa Ini – Schaeuble

46

Menteri Kewangan Jerman Wolfgang Schaeuble berkata pada Jumaat bahawa Europaen Central Bank (ECB) perlu lebih berhati-hati dalam mengakhiri polisi monetari pelonggaran bagi mengelakkan reaksi panik pasaran kewangan.

ECB setakat ini telah membeli 2 trillion bon sejak 2015 dan bank pusat ini dijangka akan mengumumkan bulan hadapan untuk memperlahankan pembelian aset semasa yang berjumlah 60 billion euro sebulan. Ura-ura untuk mengurangkan jumlah pembelian ini berikutan pertumbuhan ekonomi yang semakin pantas dan tren inflasi yang stabil.

“Untuk keluar daripada polisi monetari luar-biasa ini perlu dengan pendekatan yang berhati-hati supaya pasaran kewangan tidak memberi reaksi yang panik,” kata Schaeuble dalam temubual hari ini.

“Oleh sebab itu, ia perlu disampaikan dengan baik dan teliti. Bank pusat boleh melakukannya lebih baik daripada ahli politik,” kata Schaeuble.

Mengulas tentang mesyuarat ECB pada Oktober, Schaeuble berkata: “Kita perlu yakin ECB akan menunaikan tanggungjawabnya.”

Beliau berkata ekonomi Zon Eropah jauh lebih baik daripada apa yang dijangka oleh ramai pemerhati beberapa tahun lalu.

“Semua negara termasuk Greece telah berkembang. Ketidaksamaan dalam persaingan dan kekompetitifan semakin berkurangan,” tambah beliau.

“Polisi monetari luar biasa dengan kadar faedah rendah dan pembelian bon adalah perlu untuk mengatasi krisis ekonomi.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat