ECB Harus Berhati-Hati Mengubah Polisi- Benoit Coeure

50

Pertumbuhan Zon Eropah semakin meningkat tetapi inflasi-teras masih lemah dan ECB (European Central Bank) perlu mengubaah polisi secara berhati-hati dan fleksibel untuk mengelakkan pergerakan pasaran yang mendadak, kata Benoit Coure ahli lembaga ECB.

ECB ketika ini telah mula mengubah pendirian mereka tentang bila akan mengurangkan pembelian aset tetapi dengan kelemahan inflasi tiada sebab strategi mahu diubah, kata Coure kepada Le Monde di Perancis.

Presiden ECB Mario Draghi membuka peluang untuk perubahan polisi minggu lalu, yang telah menyebabkan volatile (turun-naik) dalam pasaran dengan Eur/Usd mengukuh secara mendadak.

“Jika perlu, Majlis Gabenor akan mengubah isntrumen secara kualitatif dan kuantitatif,” kata beliau. “Jika ia benar-benar perlu, ia haruslah dijalankan secara berhati-hati dan fleksibel dan berdasarkan rangka kerja mandat bank pusat.”

“Kita perlu transparen dalam berkomunikasi tentang keadaan semasa,” katanya. “Jika tidak kita bakal memberi risiko pergerakan mendadak dalam pasaran apabila sesuatu keputusan diambil.”

Coure menyatakan apabila pertumbuhan semakin pantas dan menyeluruh, ini adalah disebabkan pelonggaran polisi ECB yang besar, yang masih belum disokong oleh polisi struktur yang akan mengukuhkan pengembangan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat