ECB Harus Bertindak Tangkas, Olli Rehn Dedahkan Impak Perubahan Matlamat The Fed!

188

Dalam satu kenyataan, anggota Governing Council Eropah, Olli Rehn menyatakan bahawa keputusan The Fed mengubah matlamat inflasi akan memberi kesan kepada polisi Bank Pusat Eropah.

Olli Rehn yang turut merupakan gabenor bank pusat Finlad berpendapat bahawa pendekatan terbaru the Fed yang diumumkan oleh Pengerusi Jerome Powell pada akhir bulan Ogos akan lebih mempengaruhi dan memberi kesan terhadap bacaan kadar inflasi yang berada di bawah sasaran ECB. Namun dalam masa yang sama akan lebih tangguh terhadap risiko peningkatan harga.

Tambah Rehn, strategi baru The Fed pasti akan turut mempengaruhi cara operasi dasar monetari ECB kerana sektor perbankan beroperasi di bawah sistem kewangan yang saling terkait. Justeru atas dasar itu, beliau menggesa agar tinjaun strategi ECB lebih diperlukan berbanding sebelumnya.

Ulasan komprehensif pertama bank pusat yang berpusat di Frankfurt dalam jangka waktu hampir dua dekad itu dimulakan oleh Presiden Christine Lagarde yang telah membincangkan pelbagai topik termasuk sasaran inflasi. Pada ketika ini inflasi menghampiri sasaran 2%.

Ulasan Rehn dikeluarkan selepas bekas ketua ekonomi ECB, Peter Praet pada minggu lalu telah menggesa ECB untuk mempercepatkan ulasan komprehensif selepas keputusan the Fed diumumkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat