ECB ‘Hawkish’, EUR/JPY Canak Ke Puncak Tertinggi 5 Minggu!

83

Walaupun ditundukkan oleh dominasi US dolar, namun mata wang Euro tetap didagangkan kukuh berbanding Yen Jepun.

Ini kerana Euro juga turut disokong oleh keputusan mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) semalam menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas.

ECB turut mengejutkan pasaran apabila memberi isyarat untuk pelaksanaan pengetatan kuantitatif dengan jangkaan bakal berlaku pengurangan pembelian aset dengan purata €15 bilion setiap bulan, sehingga penghujung suku kedua tahun 2023.

Malah, disebabkan inflasi yang masih tinggi, bank pusat juga memberi isyarat kenaikan sebanyak 50 mata asas itu akan diteruskan lagi untuk beberapa mesyuarat yang akan datang.

Namun, disebabkan US dolar lebih kukuh disokong oleh komen bernada ‘hawkish’ oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada mesyuarat FOMC, Euro gagal untuk menyerlah tetapi masih berjaya untuk bergerak kukuh berbanding mata wang Yen.

Sebagai mata wang safe-haven, Yen didagangkan lemah ekoran sentimen pasaran yang dijernihkan dengan perkembangan yang masih positif di China berkaitan langkah pengawalan Coronavirus.

Justeru, carta harga bagi pasangan kedua-dua mata wang tersebut iaitu EUR/JPY telah mempamerkan lonjakan ke paras ketinggian terbaru pada Khamis semalam.

Setelah mendatar di paras sokongan minggu ini sekitar 143.500, harga dilihat telah membuat kenaikan semalam melepasi zon rintangan pada 145.00.

Petunjuk untuk pergerakan trend bullish juga telah dinilai setelah harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/JPY tersebut.

Kenaikan ke paras ketinggian terbaru di sesi New York semalam mencapai sekitar 146.700 sebelum mula mendatar perlahan sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Jumaat).

Dengan corak yang telah dipamerkan itu, harga dijangka akan meneruskan lagi pendakian pada sesi-sesi terakhir untuk minggu ini menuju ke pula ke sekitar 148.00.

Meneruskan kenaikan tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru harga bagi tempoh dagangan 8 minggu.

Namun, jika penurunan harga pula yang berlaku, berkemungkinan 145.00 akan menjadi tumpuan awal untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Susut lebih rendah di bawah paras sokongan MA50 akan mencetuskan semula jangkaan bagi perubahan trend bearish sebelum harga dijangka susut menuju sekitar 143.00.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat