ECB & KDNK Amerika Jadi Penentu Hala Tuju Pasaran Seterusnya!

205

Dolar Amerika terus memaparkan pergerakan tidak bermaya dengan berlegar pada sekitar paras terendah 6 minggu berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pelabur kini menantikan pengeluaran data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat pada sesi New York yang diramalkan menunjukkan pertumbuhan pada suku ketiga.

Turut menjadi tumpuan adalah mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) dengan jangkaan kenaikan 75 mata asas akan dilaksanakan pada hari ini.

Menjelang mesyuarat itu, mata wang euro terus mengukuh pada sekitar harga pariti $1, tertinggi 6 minggu.

Sementara itu, pound juga kekal menguat ketika Perdana Menteri UK Rishi Sunak sedang mempertimbangkan semula kenaikan cukai dan pemotongan perbelanjaan awam yang besar dalam pelan fiskalnya.

Dalam pada itu, mata wang yen terus mengekalkan keuntungannya yang diraih sejak campur tangan Jepun pada akhir minggu lalu.

Mesyuarat polisi Bank of Japan (BOJ) yang akan berlangsung pada Jumaat, dijangka akan menyaksikan bank pusat itu kekal dengan kadar faedah yang rendah.

Di sisi lain, pengukuhan dolar Aussie sedikit mereda di mana sebelum ini ia mendapat sokongan daripada data inflasi Australia yang lebih kuat daripada dijangkakan.

Selain itu, dolar New Zealand dan Kanada didagangkan stabil untuk terus memanfaatkan kelemahan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat