ECB Kekal Polisi Seperti Jangkaan, Tumpuan Beralih Kepada Sidang Media Draghi

688

Matawang Euro sedikit tertekan selepas pengumuman polisi oleh ECB pukul 7.45 mlam tadi. European Central Bank (ECB) mengekalkan kadar faedah di paras terendah 0.00% dan kekal dengan keputusan mengurangkan pembelian bon bermula pada Januari 2018.

Dalam kenyataan awal polisi, ECB mengesahkan akan meneruskan pembelian bon sebanyak 30 billion euro sebulan sehingga September, atau lebih jika perlu dan sehingga Governing Council (Ahli ECB) melihat pengukuhan inflasi menuju ke arah sasaran inflasi bank pusat.

Kenyataan awal yang diberikan oleh ECB sama seperti kenyataan pada mesyuarat Mac, tiada sebarang perubahan. Dengan itu, kesan kepada matawang Euro juga terhad setakat ini. Tumpuan akan terarah kepada sidang media Mario Draghi pada pukul 8.30 malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat