ECB Klaas Knot Beri Petunjuk ‘Berani’ Untuk Kadar Faedah!

100
  • Kenaikan kadar 50 mata asas mungkin berterusan sehingga Mei
  • Sebelum ini ECB beri petunjuk untuk mesyuarat bulan Mac sahaja
  • Pasaran jangka ECB akan naikkan kadar 25 atau 50 mata

Selain Federal Reserve (Fed), pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) turut memberi pandangan tentang hala tuju dasar monetari mereka akan datang.

Klaas Knot, yang juga merupakan gabenor bank pusat Belanda mengatakan bahawa ECB mungkin meneruskan kenaikan kadar faedah yang besar pada bulan Mei jika inflasi teras tidak menurun.

ECB telah meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada minggu lalu dan memberi isyarat untuk melaksanakan kenaikan yang sama pada bulan depan

Beliau adalah antara yang ‘berani’ memberi petunjuk untuk hala tuju bank pusat itu, di mana sebelum ini Presiden Christine Lagarde mengekalkan pilihan terbuka untuk mesyuarat berikutnya pada bulan Mei.

Ini membuatkan pasaran meletakkan jangkaan bahawa ECB akan menaikkan kadar sebanyak 25 atau 50 mata asas.

Berbalik kepada Knot, beliau mengatakan bank pusat itu hanya perlu mengurangkan kenaikan kadar apabila ia melihat inflasi asas (tidak termasuk harga tenaga dan makanan) berkurangan.

Tambahnya lagi, sekiranya terdapat perubahan yang jelas dan tegas dalam dinamik inflasi, Knot menjangkakan bank pusat akan beralih kepada langkah yang lebih kecil.

Knot menjangkakan inflasi utama akan memuncak dan mungkin jatuh lebih cepat daripada ramalan ECB sebelum ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat