ECB Memberi Isyarat Pengurangan Rangsangan Monetari – Minit ECB

36

Minit mesyuarat European Central Bank (ECB) menunjukkan bank pusat membincangkan tentang mengurangkan kecenderungan pelonggaran dalam kenyataan polisi, tetapi memutuskan bahawa adalah bersesuaian untuk ia dikekalkan.

Majlis Gabenor ECB menjelaskan adalah penting untuk meningkatkan momentum pemulihan ekonomi Zon Eropah, di mana inflasi masih lagi dilihat lemah.

Ahli-ahli gabenor bimbang dengan sedikit perubahan kepada pengetatan akan mengubah panduan ke hadapan yang akan mengejutkan pasaran.

Minggu lalu Presiden ECB Mario Draghi membuka sedikit pintu untuk perubahan polisi dalam komen yang dibuat. Hal tersebut telah mengukuhkan euro dengan spekulasi bahawa bank pusat akan mengurangkan pembelian bon seawal September.

“Jika keyakinan dalam inflasi semakin meningkat, pengekalan kecenderungan pelonggaran ini akan dikaji semula,” kata ECB dalam minit mesyuarat tersebut.

Dalam masa yang sama, bank pusat menekankan keperluan untuk “menggunakan komunikasi berhati-hati” dengan persepsi pasaran ketika ini melihat ECB mahu mengurangkan rangsangan monetari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat