ECB Mula Bincang Tentang ‘Tapering’ Dalam Mesyuarat Bulan Lalu

36

Pembuat dasar bank pusat Eropah (ECB) mengadakan mensyuarat pada Sepember yang membincangkan isu-isu pelanjutan pembelian aset sehingga tahun hadapan dan kebimbangan ahli ECB terhadap matawang Euro yang semakin mengukuh.

Perbincangan mesyuarat ini berkisar tentang pembelian aset. Berapakah besar jumlah aset yang harus dibeli dan berapa lama tempoh pembelian ini akan berlangsung. Beberapa pembuat dasar, berpendapat perlunya pengurangan pembelian aset tidak kira apa jua kata putus nanti.

Berikutan pembelian aset yang akan berakhir pada hujung tahun ini, dan keputusan harus dibuat secepat mungkin. Pemain pasaran menjangkakan pembelian aset akan dikurangkan sebanyak 1/3 sehingga 40 billion euro sebulan dan program pembelian aset dilanjutkan selama enam hingga sembilan bulan.

”Semuanya tergantung pada pilihan sama ada melanjutkan tempoh pembelian dengan mengambil kira jumlah aset dan tempoh program pembelian aset itu,” seperti yang dikatakan dalam minit ECB.

Ahli ECB juga mengatakan sebarang perubahan terhadap polisi haruslah mengambil kira saiz dan tempoh pembelian aset.

Walaupun pembuat dasar menyatakan keyakinan terhadap inflasi, tetapi ada beberapa ahli juga yang bimbang dengan impak negatif pengukuhan euro yang mana mungkin akan memberi risiko kepada unjuran inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat