ECB Naik Kadar 0.75%, EUR/USD Terpacak Tutup Tirai Minggu Ini

168

Menepati jangkaan, European Central Bank (ECB) telah meningkatkan kadar faedah agresif sebanyak 75 mata asas dari 0.50% kepada 1.25% untuk mesyuarat dasar edisi September setelah memulakan langkah kenaikan kadar pada mesyuarat sebelum ini.

Presiden ECB, Christine Lagarde menyatakan bank pusat mungkin memerlukan lebih 2 kali mesyuarat, tetapi tidak melebihi 5, sebelum menamatkan langkah kenaikan kadar. Beliau memberi isyarat untuk kenaikan sebanyak 75 mata asas mungkin perlu diperlahankan, namun tidak mustahil untuk kekal agresif jika keadaan memerlukan.

Mata wang Euro tidak memberi reaksi yang positif sejurus keputusan mesyuarat tersebut, sebaliknya US dolar pula yang dilihat mengukuh di sesi New York dengan reaksi pasaran yang tertumpu pada ucapan hawkish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell terhadap dasar monetari.

Namun, US dolar dilihat gagal mengekalkan pengukuhan sehingga ke penghujung sesi dan bersambung di awal sesi Asia pagi Jumaat ini pula, Euro dilihat memanfaatkan peluang untuk meningkat ke paras tertinggi minggu ini berbanding US dolar.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat membuat penurunan hampir 100 pips menguji paras sokongan sekitar 0.99500.

Namun, harga berjaya membuat kenaikan semula sehingga ke penghujung sesi New York dan telah melepasi paras pariti 1.0000 ketika pembukaan dagangan sesi Asia pagi ini.

Lonjakan semula harga juga dilihat telah disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk isyarat meneruskan pergerakan trend bullish.

Setakat jam 10 pagi waktu tempatan, harga telah meningkat ke ketinggian sekitar 1.0050 dengan sasaran untuk menuju ke zon rintangan pada 1.0100.

Zon tersebut kekal menjadi penghalang untuk kenaikan lebih tinggi harga untuk dagangan beberapa minggu sebelum ini.

Namun pelabur akan waspada terhadap jangkaan penurunan harga yang boleh berlaku ekoran faktor tekanan ekonomi Eropah yang dihimpit krisis tenaga boleh menjejaskan pengukuhan yang dipaparkan mata wang Euro ketika ini.

Jangkaan untuk penurunan harga jika berlaku semula dilihat akan kembali menguji paras pariti 1.0000 yang berkemungkinan boleh menjadi paras sokongan terbaru buat harga.

Sebaliknya jika harga kekal susut lebih rendah, paras sokongan harga diuji semalam pada 0.99500 bakal diuji dan jika berjaya ditembusi, penurunan akan dilanjutkan untuk mencecah semula ke zon support 0.98800.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat