ECB Perlu Lebih Banyak Bukti Kenaikan Inflasi – Peter Praet

49

European Central Bank (ECB) perlu melihat lebih banyak bukti kenaikan kukuh inflasi sebelum mengurangkan rangsangan monetari, kata Ketua Penganalisis Ekonomi ECB Peter Praet pada Rabu.

“Tekanan inflasi masih belum cukup kuat untuk meyakinkan trend kenaikan kos domestik, dan juga pertumbuhan kadar gaji yang masih lembap,” kata Praet dalam sebuah konferens di Sofia.

“Secara keseluruhan, semasa kita melihat pengukuhan yang meluas dan pemulihan ekonomi yang kukuh, kita masih perlu membuat satu informasi yang meluas dan mampan untuk membina keyakinan bahawa pergerakan inflasi adalah memberangsangkan, berdaya tahan dan tidak terlalu bergantung kepada rangsangan,” tambahnya.

Tanpa sokongan oleh ECB, peningkatan inflasi ke arah yang lebih kukuh akan menjadi semakin perlahan atau meleset, kata Praet.

Ekonomi Zon Eropah ketika ini merekodkan data ekonomi positif dengan data PMI sektor perkhidmatan dan pembuatan yang terus kukuh. Selain itu, risiko politik di blok ini juga semakin berkurangan dengan kemenangan Macron dan juga potensi reformasi ekonomi oleh beliau di Perancis. Hal ini lah yang menjadi pemangkin kepada sentimen positif di Eropah sehingga terdapat spekulasi bahawa ECB akan mengurangkan rangsangan monetari pada separuh kedua tahun ini.

Majlis Gabenor ECB akan bertemu dalam mesyuarat seterusnya pada 8 Jun di Tallinn.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat