ECB Perlu Mengembalikan Kredibilitinya, Hentikan Potongan Kadar -Mersch

43

Bank Pusat Eropah (European Central Bank, ECB) perlu menghentikan pemotongan kadar dan memberikan panduan kehadapan (guidance) bagi mengembalikan kredibiliti ECB. Hal ini dinyatakan sendiri oleh ahli lembaga eksekutif Yves Mersch.

Menurut beliau, pemotongan kadar akan memberi kesan yang tidak dijangka. Ekonomi ketika ini lebih kukuh dari jangkaan dengan kenaikan kadar inflasi yang memuaskan dan disebabkan hal ini ECB perlu mengubah panduan kehadapan (guidance) kepada pasaran.

Inflasi ketika ini sedang meningkat disokong oleh kenaikan harga komoditi tenaga (minyak dan gas). Ini yang disarankan oleh Mersch berhati-hati dengan pemotongan kadar di masa hadapan.

Sememangnya ECB dilihat begitu ‘dovish‘ dalam memberikan panduan kepada pasaran bagi mengekalkan pasaran dalam keadaan longgar dengan kadar faedah rendah.

Walaupun inflasi telah meningkat ke paras yang lebih baik, ECB masih mengekalkan pendirian bahawa ‘inflasi’ masih belum berada di paras memuaskan. Mario Draghi menyatakan sebelum ini bahawa masih terdapat risiko kepada inflasi dengan kadar semasa banyak dipengaruhi oleh ‘Base effects’.

Base effects adalah paras kadar inflasi yang tinggi atau rendah pada bulan-bulan lepas yang mengganggu kadar inflasi semasa. Base effects boleh menyukarkan pihak bank pusat untuk mendapatkan bacaan inflasi yang tepat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat