ECB Sedia Bertindak

220

Timbalan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Luis de Guindos memberitahu bahawa bank pusat mempunyai fleksibiliti untuk mengatasi kenaikan hasil bon yang tidak diingini.

De Guindos mengaitkan kenaikan dalam hasil bon terkini adalah sebahagiannya disebabkan oleh jangkaan inflasi yang lebih tinggi di Amerika Syarikat susulan pakej rangsangan besar oleh Presiden Joe Biden, serta kenaikan harga komoditi dan pemulihan permintaan global.

Walau bagaimanapun, setakat ini masih tidak jelas apakah kenaikan hasil bon baru-baru ini akan mempengaruhi keadaan kewangan di Zon Eropah, kata de Guindos ketika bercakap kepada sebuah akhbar Portugal.

Tambah beliau lagi, sekiranya peningkatan ini memberi kesan negatif, maka bank pusat terbuka untuk mengkalibrasi semula program mereka, termasuk Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) jika diperlukan.

ECB mungkin akan meningkatkan unjuran inflasi bagi tahun 2021 pada mesyuarat dasarnya minggu depan, tetapi sebahagian besar peningkatan tahun ini hanya bersifat sementara, jadi bank tidak terlalu peduli dengan kenaikan harga dalam jangka pendek, kata de Guindos.

Ketika penulisan, pasangan matawang EUR/USD masih cuba bertahan di atas paras sokongan 1.20000 pada awal sesi Eropah, ketika US dolar terus meraih sokongan daripada hasil perbendaharaan yang tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat