ECB Semakin Tertekan, Ini Fakta Awal Perlu Diketahui ‘Trader’ Menjelang Mesyuarat ECB!

1,620

Pada bulan lepas para penggubal dasar Bank Pusat Eropah telah bersetuju untuk menyatakan kesediaan meningkatkan kadar faedah apabila kadar inflasi telah menujukkan tanda-tanda yang semakin sukar untuk dibendung.

ECB juga telah bersiap sedia untuk mengurangkan rangsangan kewangan secara beransur-ansur, ditambah pula tindakan Rusia untuk menyerang Ukraine pada minggu lalu. Dengan EU yang bergantung kepada minyak dan eksport telah mendorong para penggubal polisi memikir semula rancangan mereka untuk mengambil tindakan lebih proaktif menjelang keputusan dasar utama pada 10 Mac.

Presiden ECB Christine Lagarde sebelum ini mengulangi ikrar untuk tidak menaikkan kadar  pada mesyuarat 3 Februari. ECB telah berkata ia perlu melihat inflasi secara mampan pada 2% sebelum menaikkan kadarnya ke atas deposit bank, yang kini ditetapkan pada negatif 0.5%.

“Pandangan ini dikongsi secara meluas bahawa penumpuan kepada sasaran inflasi jangka sederhana ECB bukan lagi prospek yang sukar dicapai, sekali gus menjadikan pemenuhan kriteria panduan hadapan (untuk kenaikan kadar) lebih berkemungkinan dalam jangka masa yang lebih singkat,” kata ECB

Beberapa penggubal dasar malah mahu menamatkan program pembelian Aset (APP) yang akan membuka landasan untuk kenaikan kadar.

Dilema ECB adalah jelas. Inflasi zon euro melonjak ke paras tertinggi 5.8% bulan lepas, hampir tiga kali ganda sasaran bank itu. Pasaran buruh juga mengetatkan lebih cepat daripada yang diunjurkan, menunjukkan bahawa tekanan gaji tidak lama lagi akan bermula, memburukkan lagi masalah inflasi ECB. Justeru tidak hairan kebanyakkan para penggubal menggesa agar menaikkan kadar.

Kos barangan yang tinggi akan mengurangkan kuasa perbelanjaan pengguna dan membebankan pelaburan. Semua ini akan menghambatkan pertumbuhan dan mempengaruhi harga untuk jangka sederhana. Mesyuarat seterusnya akan menjadi detik penting awal untuk melihat indikasi hala tuju ECB.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat