Ecomate Lonjak 113.6% Pada Kemunculan Di Pasaran ACE

247

Pakar perabot yang berpengkalan di Muar, Ecomate Holdings Bhd telah membuat debut dengan penuh bergaya di Pasaran ACE pada Isnin selepas mencapai paras tertinggi 70.5 sen, menandakan sebanyak 37.5 sen atau peningkatan sebanyak 113.64% berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 33 sen.

Ketika sesi pembukaan, saham tersebut bernilai 35 sen atau 106.06% mencanak lebih tinggi pada 68 sen yang memberikannya permodalan pasaran sebanyak RM176.75 juta.

Pada jam 9.40 pagi tadi, kaunter tersebut telah mengurangkan sebahagian daripada keuntungannya dan didagangkan 17.5 sen atau 53.03% lebih tinggi pada 50.5 sen dengan 58.18 juta saham bertukar tangan menandakan ia sebagai saham teratas yang aktif didagangkan di bursa tempatan.

Ecomate yang ditubuhkan pada 2016 di Muar, Johor merupakan pengeluar perabot berorientasikan eksport yang memfokuskan kepada pengeluaran produk perabot sedia untuk dipasang (RTA) di mana mereka turut reka bentuk, menguruskan pengeluaran dan menjalankan aktiviti pemasaran serta jualannya dengan sendiri.

Menurut sumber dari Ecomate, mereka menyasarkan untuk mengumpul RM16.2 juta daripada pelaksanaan IPO dan bercadang untuk memperuntukkan hasilnya bagi memperoleh jentera dan peralatan (RM6 juta), pembinaan kilang ketiganya yang akan menempatkan tiga barisan pengeluran tambahan dan satu blok bangunan berkembar empat tingkat sebagai asrama (RM2 juta) serta pembelian bahan mentah (RM5.3 juta).

Manakala baki RM2.9 juta akan diperuntukkan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Dalam satu kenyataan yang berasingan pada hari ini, sumber Ecomate menerangkan mereka percaya model perniagaan yang kukuh dan pengurusan yang cekap telah meletakkan Ecomate dalam keadaan teguh untuk mendapat lebih banyak peluang pertumbuhan yang diperlukan dalam segmen RTA industri perabot.

Tambahnya lagi, hasil yang diperolehi daripada IPO tersebut adalah tepat ada masanya kerana ia membolehkan mereka melaksanakan strategi pertumbuhan yang telah mereka rancangkan.

Ecomate dilihat dalam landasan terbaik dalam melebarkan sayap mereka memandangkan aktiviti e-dagang kelihatan semakin kukuh sejak kebelakangan ini kerana ramai pengguna memilih untuk membeli-belah secara atas talian semasa langkah penutupan ekonomi yang dilaksanakan di seluruh dunia maka pembelian perabot RTA dijangka kekal memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat