Egypt Pun Dah Beralih Pada Kripto. Anda Bila Lagi?

232

Lagi lambakan pelabur kripto, kali ini daripada Egypt pula!

Dilaporkan ramai penduduk Egypt mula berpindah menyertai pelaburan matawang kripto utama dunia, Bitcoin (BTC) ekoran daripada kemelesetan dan peningkatan kadar pengangguran yang melanda di negara itu.

Berdasarkan rekod, majoriti pelabur baru yang terdiri daripada kalangan anak muda, berminat dengan aset digital itu sebagai alternatif pendapatan walaupun jumlah pelaburan mereka lebih kecil berbanding dengan nilai bitcoin yang tinggi.

Penasihat kewangan dan ekonomi, Wael al-Nahhas menjelaskan melalui perlombongan 100 juta BTC setiap hari, golongan pelabur amatur berjaya memperoleh keuntungan sekitar 4%-5%.

Keuntungan tersebut merupakan dari perbezaan antara harga beli ketika kekurangan permintaan dengan kadar dagangan ketika permintaan memuncak, selain daripada keuntungan suku tahunan dari lonjakan tiba-tiba bitcoin.

Bukan juga disebabkan pengangguran tetapi budaya kerja norma baharu iaitu work from home dan waktu kerja yang telah dikurangkan menggalakkan lagi penduduk Egypt untuk melabur di dalam Bitcoin ketika masa lapang.

Dianggarkan lebih daripada 16,000 rakyat Egypt telah menyertai Bitcoin Egypt Community.

Malah tidak mustahil jika jumlah tersebut lebih daripada yang dianggarkan berikutan pelabur secara langsung memperkenalkan pelaburan kripto kepada rakan atau ahli keluarga mereka

Pandemik koronavirus telah menolak tinggi kadar pengangguran dari 7.7% pada suku pertama 2020 kepada 9.6% pada suku kedua, membawa kepada lebih dari separuh juta penduduk Egypt kehilangan pekerjaan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat