Eh.. Boleh Ke GBP/USD Melonjak Semula Ni?

526

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD menunjukkan kenaikan pada dagangan semalam lebih-lebih lagi pada sesi Eropah dan New York.

Kenaikan harga dilihat lebih didorong oleh oleh penyusutan semula US dolar dalam pasaran berikutan sentimen pasaran yang dipulihkan dengan peningkatan pada pasaran Wall Street.

Sementara Pound Sterling tidak begitu memberi reaksi pada data sektor ekonomi yang diterbitkan di awal minggu sementara pembentangan bajet UK akan menjadi tumpuan pada hari ini.

Masih awal untuk melihat perubahan trend pada carta GBP/USD namun harga yang telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga membuatkan pelabur berhat-hati untuk isyarat awal trend bullish.

Untuk kenaikan lebih tinggi, paras rintangan 1.4000 akan diuji harga terlebih dahulu dan jika harga berjaya tembusinya, kenaikan harga akan lebih jelas untuk menuju pula ke paras 1.41000 pada zon SBR (support become resistance).

Kemudiannya, zon resistance utama pada 1.42000 akan menjadi destinasi sasaran selepas harga berjaya mencapai paras tersebut untuk rekod tertinggi harga sejak April 2018.

Sekiranya harga menyambung penurunan lebih rendah, zon RBS (resistance become support) 1.38300 akan diuji untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan yang diteruskan dijangka akan menuju ke paras sokongan pada sekitar 1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat