Eh! Ceritanya Di Jepun, Tapi Kenapa Emas Pula Mencanak?

464

Emas didagangkan lebih tinggi pada Rabu selepas mendapat sokongan daripada kejatuhan US dolar akibat perubahan dasar mengejut Bank of Japan (BOJ).

Menghiasi sesi Asia adalah kilauan emas pada paras ketinggian hampir satu minggu dengan didagangkan sekitar harga $1,816 per auns.

BOJ mengejutkan pasaran selepas membenarkan hasil bon 10 tahun Jepun meningkat kepada -/+ 0.5% daripada had sebelumnya -/+0.25% dalam julat pergerakannya.

Langkah ini telah memberi kesan kepada pasaran secara meluas memandangkan Jepun adalah pemain besar dalam pasaran bon global.

Impaknya, yen melonjak ke paras tertinggi 4 bulan berbanding US dolar dan mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Ekoran daripada dagangan greenback yang lemah, logam kuning emas berpeluang memanfaatkan sokongan ini untuk meningkat lebih tinggi.

Meskipun begitu, pelabur emas tetap berwaspada dengan pendirian Federal Reserve (Fed) yang dilihat masih hawkish untuk meneruskan kenaikan kadar faedahnya pada tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat