Eh! China Dah Tak Marah Dengan Australia?

253

China dilaporkan akan membenarkan kemasukan arang batu Australia ke negara itu, walaupun sekatan ke atas import tersebut tetap dilaksanakan di tengah-tengah ketegangan antara Beijing dan Canberra yang meningkat.

Kargo seberat 135,000 tan arang batu Australia dari kapal Alpha Era yang telah tersadai hampir enam bulan di pelabuhan selatan Fangchenggang, China itu dijangka akanmelepasi kastam dan digunakan untuk kegunaan tempatan.

Dua buah kapal lagi, Donga-A Eos dan Dong-A Astrea baru-baru ini selesai memunggah arang baru Australia di pelabuhan Jingtang, sementara kapal ketiga, Dong-A Oknos, sedang dalam proses.

Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan China telah menyekat import arang batu Australia daripada memasuki negara itu sehingga menyebabkan kapal-kapal yang membawa barangan tersebut tersadai di pelabuhan selama berbulan-bulan.

Perkembangan terbaru ini nyata membawa sinar baharu buat pasaran yang mengharapkan hubungan antara dua rakan dagang itu kembali pulih selepas diburukkan oleh gesaan Australia untuk menjalankan siasatan ke atas Beijing mengenai asal usul coronavirus.

Sementara itu, dalam laporan berasingan, Taiwan dilaporkan akan meningkatkan pembelian wain Australia, bertentangan dengan China yang telah mengenakan cukai yang berat terhadap import barangan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat