Eh! EUR/USD Melonjak Semula Menuju 1.19000

585

US dolar masih belum menunjukkan arah pergerakan yang jelas dengan dilihat bergerak lemah pada penghujung dagangan minggu ini.

Selain perkembangan bercampur di antara vaksin dan kes jangkitan virus, pelabur turut memantau perkembangan rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan pemimpin Senat Republik telah bersetuju untuk meneruskan rundingan pakej rangsangan ekonomi semula.

Sentimen politik di AS dilihat masih tidak stabil selepas berakhirnya pilihan raya Presiden AS yang menyaksikan kemenangna Joe Biden menewaskan Donald Trump.

Sementara US bergerak lemah, mata wang Euro berjaya kembali pamerkan lonjakan susulan tempias isu Brexit yang kembali positif memberi kesan peningkatan terhadap mata wang Eropah.

Walaupun kes jangkitan Covid-19 di Eropah masih di tahap membimbangkan yang sebelum ini memberi tekanan terhadap Euro, harga berjaya meningkat sepanjang sesi New York semalam.

Pada carta harga pasangan EUR/USD, harga yang sebelum ini menampilkan corak awal penurunan harga kembali melonjak semula melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan harga semalam ke paras sekitar 1.18200 kembali meningkat semula 60 pips ke paras 1.18800 dan menutup dagangan sesi New York di sekitar ketinggian tersebut.

Kenaikan harga dijangka akan menguji zon resistance 1.19000 yang masih gagal ditembusi sejak diuji minggu lalu dan juga minggu ini.

Jika harga berjaya menembusi zon resistance tersebut untuk ke paras lebih tinggi, paras ketinggian pada 1.20000 akan menjadi sasaran harga seterusnya.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras terendah harian semalam sekitar 1.18200 akan diuji sebelum menuju pula ke zon tumpuan 1.18000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat