Eh, EUR/USD Tak Jadi Menjunam? Pelabur Hati-Hati Menjelang Data CPI AS

206

Sentimen pasaran yang berisiko memberi kelebihan kepada mata wang US dolar untuk mengukuh selain turut disokong oleh terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang positif.

Namun dapat dilihat pergerakan US dolar mula suram pada sesi Eropah semalam yang menyusut semula membuatkan pelabur berjaga-jaga untuk perubahan arah pergerakan harga dalam pasaran.

US dolar walau bagaimanapun kembali ke landasan pengukuhan semula pada penghujung sesi New York.

Pelabur dijangka akan lebih berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang data-data penting ekonomi AS termasuk data inflasi, jualan runcit dan juga minit mesyuarat FOMC.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD dilihat membuat penurunan pada sesi Asia semalam ke paras sekitar 0.96700, namun berlaku lantunan semula harga sehingga ke paras ketinggian 0.97700.

Menutup dagangan sesi New York, harga susut semula ke zon tumpuan 0.97000.

Menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi Rabu ini, harga kembali bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD untuk isyarat menyambung pergerakan trend bearish.

Dengan kecenderungan harga untuk menyambung corak penurunan, harga yang menjunam dari zon 0.97000 bakal mencatatkan paras terendah terbaru 2 minggu.

Sasaran untuk penurunan lanjut harga dilihat bakal menuju ke zon 0.95500 yang dicecah pada penghujung September lalu menjadi rekod terendah harga bagi tempoh 20 tahun.

Namun waspada sekiranya US dolar mula menunjukkan isyarat penyusutan semula dalam pasaran dan membuatkan harga sekali lagi melantun.

Lonjakan dari zon 0.97000 melepasi halangan MA50 akan mensasarkan pada rintangan awal 0.98000 sebelum kenaikan diteruskan ke sekitar 0.99000.

Seterusnya zon pariti 1.0000 akan menjadi tumpuan untuk diuji semula jika kenaikan harga masih diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat