Eh! Euro, Pound Dah Jatuh Kan? Kenapa Naik Semula?

1,035

Matawang euro mencatatkan sedikit peningkatan dari paras terendah dua bulan berbanding US dollar setelah diperlihatkan dengan bacaan data ekonomi yang bercampur-campur di Zon Eropah.

Dagangan euro pada mulanya menunjukkan penurunan setelah menyaksikan penurunan ketara dalam sektor perkhidmatan sebelum kembali meningkat ekoran pertumbuhan yang dipaparkan dalam sektor pembuatan di Zon Eropah pada bulan September.

Walau bagaimanapun, pemulihan ekonomi di Zon Eropah dilihat terhenti berikutan peningkatan kes Covid-19 telah menyebabkan penurunan dalam aktiviti perkhidmatan di rantau ini.

Sementara matawang pound juga mula menunjukkan peningkatan menyusuli kenyataan Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier yang tetap bertekad untuk mencapai perjanjian dengan UK.

Namun begitu, dagangan pound sterling terus didagangkan lemah berbanding US dolar dan euro ekoran dihimpit oleh kebimbangan terhadap risiko gelombang kedua coronavirus dan ketidakpastian Brexit.

Pengenalan sekatan terbaru di UK oleh Perdana Menteri Boris Johnson dijangka melemahkan lagi ekonomi negara itu yang sedang bergelut ke arah pemulihan setelah mengalami penguncupan terbesar dalam tempoh 40 tahun.

Data terbaru menunjukkan aktiviti pembuatan dan perkhidmatan masing-masing menunjukkan kemerosotan pada bulan September. Bacaan ini mungkin tidak menunjukkan kesan sepenuhnya dari gelombang kedua Covid-19 memandangkan langkah sekatan baru sahaja diumumkan pada Selasa.

Aktiviti ekonomi UK mungkin lebih parah sekiranya penularan coronavirus gagal dibendung dan langkah sekatan terus dilaksanakan di negara itu yang pastinya memberi tekanan kepada sektor pekerjaan dan perniagaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat