Eh! Harga Minyak Dah Naik Balik?

232

Harga minyak mentah kembali memaparkan peningkatan menjelang penghujung minggu namun berada di landasan untuk penurunan mingguan, ditekan kebimbangan terhadap lonjakan terbaru kes Covid-19 akan terus membantutkan pemulihan permintaan minyak.

Pada sesi Asia, minyak mentah Brent akhirnya berjaya menembusi paras harga $42 dengan diniagakan $42.22 setong, sementara WTI Amerika Syarikat juga meningkat lebih tinggi pada $40.59 setong.

Namun begitu, kedua-dua penanda aras menuju kepada penurunan bulanan setelah Brent mencatatkan kemerosotan hampir 3% minggu ini, sementara WTI Amerika Syarikat pula hampir 2%.

Data terbaru yang diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan penurunan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat sebanyak 1.6 juta tong pada minggu lepas. Kejatuhan yang direkodkan cukup untuk menyokong pasaran ketika ini, walaupun harga minyak pada mulanya tidak menunjukkan reaksi terhadap data tersebut.

Turut menyokong dagangan komoditi hitam, AS kini sedang berusaha untuk memulakan semula rundingan pakej rangsangan baru yang terhenti sebelum ini, setelah Demokrat dilaporkan sedang bersedia dengan rangsangan $2.2 trilion untuk diundi pada minggu depan.

Peningkatan yang diraih bagaimanapun masih dibataskan oleh lonjakan dalam kes baru Covid-19 di Eropah yang dilihat bertambah buruk setelah Perancis dilaporkan mengesahkan 16,096 kes baru pada hari Khamis, sementara UK pula melaporkan angka paling tinggi yang pernah direkodkan setakat ini di negara itu, iaitu sebanyak 6,634 kes.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat