Eh, Harga Minyak Jatuh? Sekejap! Baca Sini Dulu

176

Walaupun mengakhiri dagangan sesi sebelumnya dengan lebih rendah, harga minyak mentah masih mengekalkan keuntungan yang diraih minggu ini yang disokong oleh prospek pengurangan pengeluaran oleh OPEC.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan sedikit meningkat pada $100 setong manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok pada $93 setong.

Komoditi hitam itu berada di landasan untuk menamatkan dagangan minggu ini lebih tinggi setelah kenyataan Arab Saudi mengenai kesediaan OPEC untuk memotong pengeluaran telah mendorong lonjakan harga minyak.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh bacaan laporan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat yang menunjukkan permintaan di ekonomi gergasi dunia itu kembali kukuh.

Walaupun begitu, kenaikan yang dicatatkan harga minyak sedikit terbatas berikutan prospek yang cerah dalam rundingan perjanjian nuklear 2015.

Harga menjunam pada Khamis selepas pegawai perunding AS berkata mereka akan menandatangani perjanjian nuklear dengan Iran yang memberi manfaat kepada negara itu.

Sekiranya dapat dicapai, perjanjian itu akan mengembalikan lebih 1 juta tong sehari minyak Iran ke dalam pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat