Eh! Ingat EUR/USD Nak Terjun, Rupanya Patah Balik Ke $1.0000

190

Jangkaan untuk pelabur melihat US dolar mengekalkan pengukuhannya meleset apabila raja mata wang tersebut hanya menyambung pengukuhan di pembukaan sesi Asia sahaja, namun mula melemah semula pada sesi Eropah ke sesi New York.

Penganalisis menjangkakan dua faktor yang mendorong situasi tersebut berlaku, yang pertama adalah aktiviti profit taking terhadap US dolar di penghujung bulan Ogos, namun US dolar dijangkakan untuk mengukuh semula bagi tempoh beberapa minggu menjelang mesyuarat FOMC pada September.

Kedua adalah kewaspadaan pelabur terhadap US dolar menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu ini dengan jangkaan angka pertambahan pekerjaan akan menurun untuk bulan Ogos.

Sementara, mata wang Euro pula dilihat mencuri tumpuan untuk mengukuh pada sesi Eropah semalam selepas petunjuk hawkish oleh wakil bank pusat Eropah (ECB) pada simposium Jackson Hole lalu dengan jangkaan kenaikan kadar faedah akan diteruskan pada mesyuarat seterusnya.

Selain itu, Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang dilaporkan sedang bersedia dengan pelan campur tangan kecemasan untuk menangani krisis tenaga yang berlarutan di Eropah, sedikit menenangkan situasi dan menyokong peningkatan nilai Euro.

Justeru, harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang susut di sesi Asia semalam hampir di paras sokongan minggu lalu sekitar 0.99000, mula melonjak di sesi Eropah dan menguji kembali paras pariti 1.0000 sehingga ke penghujung sesi New York.

Walaupun pergerakan harga perlahan bersambung ke sesi Asia pagi Selasa ini, namun harga yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD boleh memberi petanda awal kepada pelabur untuk perubahan trend harga.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan, rintangan pada zon 1.01000 bakal menjadi tumpuan untuk duji sebelum kenaikan lebih tinggi bakal menguji pula paras sekitar 1.01600 dan 1.02000.

Sebaliknya jika harga gagal untuk kekal berada di atas zon 1.0000, berkemungkinan penurunan harga akan diteruskan semula melepasi paras sokongan 0.99000.

Penurunan lanjut harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun dengan sasaran untuk mencecah pula ke paras tumpuan 0.98000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat