Eh, Ini Ke Punca Ramai Pekerja ATA IMS Letak Jawatan?

6,353

Tiada OT, tak nak kerja. Pelik bukan?

ATA IMS Bhd menyatakan hampir 300 orang pekerjanya meletak jawatan pada minggu pertama bulan Disember selepas syarikat tersebut melaksanakan polisi ‘tiada overtime pada hari Ahad’.

Menurut sumber dari syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan eletrik tersebut, polisi tersebut dilaksanakan selepas beberapa pengerusinya telah membenarkan pekerja untuk bekerja melebihi masa kerja yang telah ditetapkan.

ATA IMS menyatakan mereka mematuhi dan berpegang kepada polisi perundangan buruh Malaysia yang hanya membenarkan 104 jam sehari waktu bekerja sahaja dalam sebulan.

Syarikat tersebut menambah ia tiada masalah jika pekerjanya mahukan overtime secara dasar sukarela dan syarikat akan membayar 2 kali ganda bagi mereka yang bekerja pada hari Ahad dan 3 kali ganda pada hari cuti umum.

Namun, terdapat 1 bulan yang memiliki 4 hari Ahad dan cuti umum yang mana pengerusinya telah membenarkan para pekerjanya bekerja melebihi masa yang dibenarkan.

Dalam pada itu, ATA IMS menyatakan kesemua pekerjanya memiliki permit perkerjaan yang sah walaupun berhadapan masalah permit kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan kerana kapasiti operasinya yang terhad di pejabat kerajaan.

Tambahnya, mereka telah menggaji seramai 222 penyelia dalam keseluruhan unit perniagaan yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas mereka untuk memastikan kelancaran bahagian mereka dan kesejahteraan pekerja di bawah seliaan mereka.

ATA IMS juga menyatakan bahawa terdapat saluran maklumat luar yang tersedia dalam pelbagai bahasa yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang bebas dan disokong oleh kerajaan Malaysia dan jabatan sumber manusia syarikat.

Syarikat tersebut menjelaskan bahawa sebarang laporan melalui saluran ini akan dihantar terus kepada pasukan undang-undang pelanggannya dan pihak berkuasa Malaysia namun ‘aduan ini tidak dibangkitkan sebelum ini melalui mana-mana saluran ini’.

Setakat hari ini saham ATA IMS didagangkan naik 35 sen atau 7.95% dengan permodalan pasaran bernilai RM577.33 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat