Eh! Kenapa EUR/USD Terpacak Balik 100 pips Di Sesi New York?

234

Pelabur dilihat kembali beralih semula kepada pandangan yang lebih dovish terhadap dasar pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed) dengan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang berkemungkinan diperlahankan.

Ini adalah disebabkan terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan bacaan angka lebih suram berbanding jangkaan, memberi petunjuk bahawa ekonomi terbesar dunia itu masih lagi menghampiri risiko kemelesetan.

Faktor ini dilihat menjadi penyebab kepada penyusutan semula US dolar pada sesi New York semalam mengakhiri prestasi cemerlang yang diteruskan sejak minggu lalu.

Pada sesi Eropah semalam juga diterbitkan bacaan data yang sama untuk ekonomi Eropah, namun dilihat tidak memberi kesan yang begitu ketara walaupun berlaku penurunan pada nilai Euro.

Sebaliknya Euro memanfaatkan situasi penyusutan US dolar untuk kembali didagangkan meningkat semula menuju ke paras pariti €1=$1.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga dilihat telah melonjak semula di sesi New York selepas pada awalnya membuat penurunan ke paras terendah terbaru 20 tahun lagi di sekitar 0.9900 pada sesi sebelumnya.

Disebabkan penyusutan US dolar ekoran reaksi data yang diterbitkan, harga telah melonjak menguji semula paras pariti 1.0000 yang menjadi rintangan terbaru buat harga.

Gagal melepasi ke paras lebih tinggi, harga sedikit susut semula untuk menutup dagangan penghujung sesi New York di paras sekitar 0.99700.

Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi Rabu ini yang sedikit menurun ke paras sekitar 0.99500.

Harga juga dilihat terhalang pada paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD yang masih memberi petunjuk untuk harga meneruskan trend bearish.

Jika penurunan harga berjaya diteruskan semula, harga berkemungkinan akan melepasi paras terendah yang dicecah semalam dan berkemungkinan akan mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun lagi.

Sasaran untuk penurunan lebih rendah dilihat pada zon sekitar 0.98000 yang semakin menjauh dari paras pariti.

Sebaliknya jika harga berjaya menyambung corak lonjakan semalam, kenaikan harga sekali lagi akan menguji rintangan pariti 1.0000.

Jika berjaya melepasinya, isyarat perubahan trend bearish itu akan mendorong jangkaan untuk menuju ke paras rintangan tumpuan seterusnya pada 1.01000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat