Eh, Kenapa GBP/USD Melonjak Semula Hampir 200 Pips Ni?

272

Disangka untuk menjunam lebih dalam, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah kembali memaparkan lonjakan semalam dengan kenaikan harian dicatatkan hampir 200 pips!

Pound berjaya meningkat berbanding US dolar walaupun ketegangan Brexit dilihat akan menambah tekanan buat mata wang Britain itu.

Kesatuan Eropah (EU) dilihat tidak mempersetujui untuk rundingan baru perjanjian tersebut setelah UK mahukan perubahan pada protokol Ireland Utara sebelum ini.

Pada Rabu lalu, harga pada carta GBP/USD telah menunjukkan corak penurunan harga susulan pengukuhan semula US dolar dalam sentimen pasaran yang kembali berisiko.

Namun pada Khamis semalam, harga telah membuat kenaikan semula dari paras 1.23300 melepasi zon 1.24000 dan mencapai semula ke paras ketinggian 1.25000.

Zon rintangan 1.25000 tersebut turut diuji pada dagangan Selasa dan Rabu lalu namun gagal ditembusi sebelum pelabur menyaksikan penurunan harga semula.

Adakah harga bakal menembusi zon rintangan tersebut pada penutup dagangan penghujung minggu ini?

Sekiranya kenaikan harga diteruskan melepasi zon tersebut, sasaran lebih tinggi untuk harga adalah menuju zon sekitar 1.26000 pula.

Sebaliknya jika zon 1.26000 tetap ‘kebal’ untuk ditembusi, harga berkemungkinan kembali menjunam semula menguji zon 1.24000 terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan lebih rendah.

Penurunan seterusnya dilihat akan menuju ke zon sekitar 1.23000 dan kemudiannya menguji paras sokongan harga minggu lalu yang dicecah sekitar 1.21700.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat