Eh Kenapa,Negara-Negara EU Mula Tangguhkan Suntikan Vaksin AstraZeneca?

442

Jerman, Ireland dan Belanda telah menyenaraikan nama mereka dalam senarai negara maju  yang menangguhkan penggunaan vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh AstraZeneca dan University of Oxford atas masalah darah beku.

Pentadbiran Belanda menyatakan pada hari minggu bahawa negara mereka tidak akan menggunakan vaksin Oxford-AstraZeneca sekurang-kurangnya sehingga 29 Mac. Ireland juga menyatkan hal yang sama dengan menghentikan sementara suntikan vaksin tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.Pada hari ini, pentadbiran Jerman juga mengatakan bahawa pihak mereka mengambil langkah penangguhan penggunaan vaksin tersebut.

Disisi lain, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengulangi kenyataan yang sama bahawa tidak ada hubungan antara suntikan vaksin dan masalah darah beku. Badan kesihatan PBB turut menggesa negara-negara untuk terus menggunakan vaksin Oxford-AstraZeneca.Walaupun para pakar memberi pengesahan, sebilangan negara Eropah masih meneruskan untuk menghentikan penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca buat sementara waktu.

Langkah penangguhan penggunaannya oleh pegawai Belanda dan Ireland dilakukan sejurus selepas agensi ubat-ubatan Norway mengatakan bahawa pihaknya telah diberitahu terdapat beberapa isu yang didapati memiliki simptom darah beku.

Setakat ini kes  masih dalam siasatan. Kesatuan Eropah juga sedang berhadapan dengan masalah pembahagian pengedaran vaksin dalam kalangan negara-negara EU dimana jika ia berlanjutan boleh membawa impak kepada ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat