Eh! Rusia Ni Main Curi-curi Pula!

489

Menurut seorang pegawai keselamatan, penggodam yang dikaitkan dengan perkhidmatan perisikan Rusia didakwa cuba mencuri maklumat mengenai penyelidikan vaksin coronavirus di Amerika Syarikat, Kanada dan UK. Sebuah kumpulan yang dikenali sebagai APT29 atau “Cozy Bear” adalah mereka yang bertanggungjawab ke atas serangan siber itu.

Selain itu, mereka dipercayai terlibat dengan pasukan perisik Rusia dan telah menggunakan spear phishing dan malware khas untuk menyerang para penyelidik vaksin.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Agensi Keselamatan Infrastruktur Keselamatan Siber, Agensi Keselamatan Nasional, Pertubuhan Keselamatan Komunikasi Kanada dan Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) UK telah sepakat untuk mendakwa Rusia yang melakukan kempen penggodaman itu.

Oleh yang demikian, ketiga-tiga buah negara itu mengecam tindakan yang disifatkan sebagai ‘keji’ dan bakal bekerjasama untuk memeranginya. Selain itu, mereka akan sedaya-upaya melindungi aset terpenting itu begitu juga dengan sektor kesihatan.

Menurut NCSC, penggodam tersebut menggunakan spear phishing bagi memperoleh bukti pengesahan ke halaman masuk yang dapat diakses oleh internet untuk organisasi sasaran. Untuk pengetahuan semua, spear phishing adalah percubaan di mana penjenayah siber menghantar mesej yang kelihatan seolah-olah mereka berasal dari sumber yang dipercayai untuk membuat mangsa mereka mendedahkan maklumat sensitif atau sulit.

Tambahan daripada itu, mereka juga menggunakan malware khusus yang dikenal sebagai “WellMess” dan “WellMail, yang sebelum ini tidak dikaitkan dengan APT29. Walau bagaimanapun, mana-mana organisasi yang menjadi sasaran tidak dapat dikenalpasti.

John Hultquist, pengarah kanan analisis perisikan di Mandiant Threat Intelligence berkata virus COVID-19 kini dikategorikan sebagai ancaman bagi para pemerintah dunia. Jadi, keupayaan pengintipan siber akan digunakan untuk mengumpulkan data penyelidikan vaksin dalam usaha mereka untuk mencari penawar.

Sehubungan dengan itu, organisasi yang membangunkan vaksin dan rawatan untuk virus tersebut menjadi sasaran banyak negara seperti Rusia, Iran, dan China.

Bukan itu sahaja! Setiausaha Luar Negeri Britain, Dominic Raab juga mendakwa bahawa Rusia cuba campur tangan dalam pilihan raya 2019 Britain. Ia berlaku setelah Jawatankuasa Perisikan dan Keselamatan Parlimen UK bersetuju untuk menerbitkan laporan yang lama ditangguhkan mengenai pengaruh Rusia dalam politik Britain pada minggu depan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat