Eh! Seriuslah EU?

328

Menurut sebuah sumber, Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) akan mengemukakan keputusan positif mengenai vaksin Covid-19 pertama pada 23 Disember, sekaligus mendorong negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mengikut jejak langkah Amerika Syarikat dan Britain, di mana kempen imunisasi di 2 buah negara berkenaan sedang giat dijalankan.

Berdasarkan kenyataan yang dikemukakan Menteri Kesihatan Jerman, Jens Spahn, beliau turut menyatakan harapan agar persetujuan EU untuk vaksin itu akan dikemukakan sebelum Krismas, serta program vaksinasi dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Tambahan daripada itu, EMA merancang untuk mengemukakan keputusan mengenai vaksin Pfizer-BioNTech pada 29 Disember, manakala akan mendedahkan berkenaan program vaksinansi yang dibangunkan oleh Moderna pada 12 Januari.

Umum mengetahui bahawa vaksin berkenaan telah dilancarkan di negara-negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, dan Kanada, berikutan keputusan positif oleh pengawal selia di sana.

Walau bagaimanapun, BioNTech tidak mahu mengemukakan sebarang maklum balas berhubung isu tersebut.

Sementara itu,  Jerman didakwa akan melancarkan program vaksinasinya pada 26 Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat