Eh! Tiba-tiba Betul Pound Ni!

605

Pound sterling memulakan dagangan sesi Eropah dengan lonjakan drastik ke paras harga 1.34000 ketika ketidakpastian mengenai rundingan perdagangan Brexit terus menghantui pasaran.

Kesatuan Eropah (EU) dan UK sehingga kini masih belum mencapai kesepakatan dalam rundingan yang sedang berjalan di London.

Menteri kabinet UK, Michael Gove dalam kenyataan terbarunya mengatakan bahawa kedua-dua pihak masih tersekat pada tiga isu utama, iaitu perikanan, persaingan secara adil dan cara untuk menyelesaikan pertikaian pada masa hadapan.

Ketua perunding Brexit EU, Michel Barnier pada mulanya telah menawarkan untuk memberikan antara 15 hingga 18% ikan yang ditangkap di perairan UK di bawah perjanjian, yang dianggarkan sekitar £105 juta. Namun, ditolak terang-terangan oleh Britain.

Gove mempertikaikan permintaan EU yang dikatakan mahu mengambil sebahagian besar ikan di perairan UK dengan mengatakannya tidak adil, selain turut menambah tidak ada sebab mengapa Britain tidak dapat mengawal perairan mereka sendiri.

Walaupun dengan kenyataan yang agak mengecewakan itu, namun matawang pound terus menokok lebih tinggi pada pembukaan sesi Eropah. Ini mungkin menghairankan pelabur-pelabur yang sedia maklum bahawa perkembangan negatif Brexit boleh mendorong kejatuhan pound sterling.

Bagaimanapun, disebabkan kelemahan dolar greenback yang kembali susut ke sekitar paras terendah 2 setengah tahun, matawang pound memanfaatkan peluang ini untuk meraih keuntungan.

Pasaran kini menantikan keterangan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Senat Perbankan malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat