Ekonomi Amerika Sedia Untuk ‘Meroket’ – Jualan Runcit Catat Pertumbuhan Memberangsangkan!

103

Jualan runcit Amerika Syarikat dilaporkan meningkat lebih dari yang dijangkakan pada bulan September dan hal ini telah menyumbang kepada pengembangan ekonomi pada suku ketiga walaupun di ambang kemelesetan ekonomi kerana lonjakan dalam jangkitan Covid-19.

Jualan runcit melonjak 1.9% pada bulan lalu setelah kenaikan sebanyak 0.6% pada bulan Ogos seperti yang dilaporkan Jabatan Perdagangan pada hari Jumaat. Bacaan ini juga jauh lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi yang mensasarkan peningkatan 0.7% pada bulan September.

Penjualan runcit meningkat di atas paras yang dikecapi pada bulan Februari didorong peningkatan dalam permintaan untu barangan isi rumah, kereta, perabot dan elektronik. Selain itu, jualan runcit juga didorong oleh rangsangan fiskal oleh pentadbiran terutama subsidi mingguan yang dibayar kepada puluhan juta rakyat Amerika yang menganggur.

Anggaran pertumbuhan untuk bagi suku ketiga iaitu antara Julai-September dianggarkan mencapai pertumbuhan sebanyak 35.2% setahun. Pada suku kedua, ekonomi A.S telah menguncup sebanyak 31.4% iaitu kemorosotan terbesar sejak tahun 1947.

Walaubagaimanapun, A.S berhadapan dengan cabaran kehabisan wang dana dari Kerajaan. Para pentadbiran Rumah Putih dan Kongres berusaha mencapai kesepakatan pakej rangsangan untuk sektor perniagaan dan pengangguran.

Indeks US dolar yang mengukur matawan US dolar berbanding matawang utama masih mencatat pengukuhan kepada paras tukaran 93.685 setakat jam 9.15 p.m.

 

Anda mungkin juga berminat