Ekonomi AS Dijangka Kukuh, Petanda Baik Buat USD?

605

US dolar terus bergelut untuk bangkit dari paras terendah pada sesi Eropah ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan lemah di paras terendah 8 bulan pada 101.70.

Ekonomi AS dijangka mengekalkan kadar pertumbuhan yang kukuh pada suku keempat walaupun pengembangannya dilihat lebih perlahan apabila impak kadar faedah yang tinggi menjejaskan permintaan dan perbelanjaan.

Pasaran meletakkan unjuran untuk pertumbuhan kadar tahunan sebanyak 2.6% pada suku akhir 2022, menurun daripada 3.2% pada suku ketiga.

Sementara pengembangan kukuh pada separuh kedua pula diramal akan memadamkan penguncupan 1.1% yang dicatatkan dalam enam bulan pertama tahun lalu. 

Data KDNK pada sesi New York akan menentukan pergerakan seterusnya buat raja mata wang itu.

Beralih kepada dagangan mata wang utama, euro dan pound kekal diperdagangkan lebih tinggi walaupun keuntungan yang diraih sedikit berkurangan pada sesi Eropah.

Dolar Aussie terus memanjangkan pengukuhannya di paras tertinggi 5 bulan berbanding greenback, di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Australia selepas data inflasi mengejutkan pada suku keempat.

Selain itu, dolar Kanada kekal stabil setelah Bank of Canada (BOC) meningkatkan kadar faedah kepada 4.50% dan memberi petunjuk untuk menghentikan sementara pengetatannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat