Ekonomi Australia Lebih Baik Dari Jangkaan, Pelabur Ketepikan Kebimbangan!

294

Pertumbuhan ekonomi Australia meningkat lebih kukuh pada suku pertama, mengetepikan jangkaan menyuramkan akibat gangguan berkaitan Omicron dan banjir di pantai timur pada awal tahun.

Biro Perangkaan Australia (ABS) melaporkan keluaran dalam negara kasar (KNDK) berkembang 0.8% pada suku pertama daripada jangkaan 0.6% oleh pasaran, tetapi menurun daripada 3.6% pada suku sebelumnya.

Lonjakan harga komoditi akibat perang di Ukraine telah memberi manfaat buat Australia selaku pengeksport besar bijih besi dan produk tenaga pada tiga bulan pertama tahun ini dengan memacu kenaikan eksport.

Namun, pertumbuhan ini dihadkan oleh penutupan Covid-19 di Shanghai yang menyebabkan lebih satu pertiga eksport Australia yang ditujukan untuk pelabuhan di pantai timur China terjejas.

Sementara itu, tinjauan domestik kelihatan lebih lemah apabila inflasi yang melonjak telah mendorong Bank Pusat Australia (RBA) untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih pantas.

Inflasi telah meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun pada suku pertama, dengan pakar ekonomi menjangkakan lebih teruk pada suku akan datang.

Susulan penerbitan data ini, dolar Aussie mempamerkan reaksi sedikit berubah dengan kekal didagangkan di paras ketinggian empat minggu berbanding US dolar pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat